|
MAHATHIR IALAH BAPA KEZALIMAN MALAYSIA |
|
KEMANAKAH HILANGNYA ULAMA 'ISLAM' DALAM UMNO?Apabila Astora menjejakkan kakinya ke RTM, bergandingan dan menjalinkan pendapat bersama-sama Menteri Yang Tewas Dalam Pilihanraya, Datuk Paduka Hamid Othman, jelas tergambar di pemikiran rakyat betapa sempitnya 'Bicara Agama' yang sering didondangkan melalui Utusan Meloya setiap Jumaat dan Ahad. Pentas Gemilang Malaysia telah membuktikan kepada rakyat Malaysia, betapa Islam itu sudah diselewengkan dengan jelas oleh dua orang ahli panel yang nyata menyerang ulama warasatul anbiyaa!!! Allah Huakbar!! Sesuai dengan tajuk Gemilang Malaysia sebagaimana yang tersiar di TV1 semalam (20 April 2000) Ehwal Islam yang kebiasaannya mengandungi agenda dakwah yang cetek itu pun akhirnya tersingkir oleh kerakusan manusia yang berkepentingan. Jika mimbar masjid dicela oleh UMno sebagai menyelewengkan Islam, Gemilang Malaysia telah diselewengkan oleh pemimpin UMno untuk meruntuhkan saki baki keimanan yang ada di dada rakyat Malaysia yang masih setia dengan TV1. Tajuk Gemilang Malaysia, 'Kemanakah Hilangnya Ulama Islam Dalam UMno' seperti menjelaskan kepada kita bahawa ulama ini ada Islam dan ada tak Islam. Hamid Othman dan Astora Jabat adalah manusia yang seharusnya dipertanggungjawabkan di hadapan Mahkamah Rabbul Jalil jika penerangan mereka dalam rancangan hampir 1 jam malam tadi berakhir dengan kekeliruan oleh mereka yang cetek ilmu agama. Perbincangan bermula sekitar ulama itu kemudian bertukar pula isu khutbah Jumaat. Penerangan oleh Hamid Othman begitu kaku manakala penerangan oleh Astora Jabat tergagap-gagap. Kamulah manusia penyesat manusia. Dalam membicarakan ulama tidak pun satu ayat 'al-ulama warasatul anbiyaa' terpacul dari mulut Hamid Othman. Paling menyedihkan Astora Jabat berkata ulama ini orang yang 'expert'. Agaknya kalau orang itu pandai atau expert berjudi, maka dia juga adalah ulama. Itu istilah ulama kepada Astora. Patutlah Hamid dijolokkan gelaran ulama kerana beliau pandai menyelewengkan agama Islam. Begitu juga dengan Astora yang tidak kurang dengan Bicara Agamanya hingga tersasul menjadi Mencarut Agama!!! Apakah pula isu khutbah yang dicanangkan oleh TV1 (Gemilang Malaysia)? Tidak turun ke perbicaraan walau satu rukun khutbah dan syarat sah khutbah dalam perbahasan (muzakarah? he.. he.. he..) mengenai khutbah. Jadi dari manakah Hamid Othman dan Astora menghukum bahawa khutbah yang diperdengarkan secara selingan itu menyeleweng? Adakah Hamid Othman sedar perkara ini? Apa pula istilah assabiyah? Hamid Othman kata assabiyah ialah hubungan kekitaan untuk maju ke hadapan. Astora memberi definisi assabiyah sebagai gejala yang kita patut mengelakkan diri. Inilah falsafah dua panel malam tadi yang menyesatkan umat Islam? Kepada soalan yang dikatakan oleh pengacara, 'apakah benar Mahathir membenci ulama dan memperlekehkannya', Hamid Othman menjawab bahawa Mahathirlah orang yang mengangkat martabat ulama kerana dulu gaji beliau RM300 sebulan kini dinaikkan taraf sebagaimana lulusan ijazah di bidang yang lain, kedudukan sama, gaji sama. Inilah bukti yang dibawa oleh Hamid Othman sebagai bukti Mahathir telah menaikkan martabat agama dan ulama. Begitu juga katanya dengan penubuhan Bank Islam. Sungguh cetek pemikiran Hamid Othman yang jelas condong kepada dunia dan mata duitan. Astora pula gagal menjawab melainkan seperti orang yang nak marah kerana Mahathir dikatakan menyelewengkan agama dan memperlekehkan ulama. Hamid Othman berdusta tentang ayat Allah:
Jangan mudah mencerna perdamaian dan menjolokkan perdamaian sebagai anjuran Islam. Jika kena pada tempatnya, berperang juga adalah anjuran yang diwajibkan sebagaimana ayat di atas, apatah lagi terhadap manusia bersifat seperti Hamid Othman dan Astora yang menyesatkan manusia dan mengalihkan sembahan manusia itu dari baitullah kepada berkiblatkan Mahathir atau duit!!! Syabas TV1, Minda Rakyat berterima kasih kerana Gemilang Malaysia berjaya membuka mata rakyat bahawa tiada lagi ulama dalam UMno. Hanya yang tinggal ialah 'ulama' definisi Astora iaitu orang yang expert dalam bidang tertentu. Sudah pastilah orang itu Mahathir, kerana beliau pakar dalam ilmu silap mata dan kaki kelentong!!! Gemilang Malaysia membuktikan betapa kecetekan ilmuan agama di kalangan pemimpin UMno, khasnya Astora Jabat, Penulis Mencarut Agama, dan Menteri Tertewas Dalam Pilihanraya, Hamid Othman. Tidak selayaknya anda berdua membicarakan apakah itu ulama dan isu khutbah Jumaat. Apa yang anda lakukan menyerang PAS semata-mata agenda politik murahan UMno. Rakyat pasti bersetuju bahawa sokongan terhadap PAS ialah bersandarkan keikhlasan para pemimpinnya memperjuangkan Islam berbanding dengan UMno yang memperalatkan Islam untuk kepentingan 'perut' dan kepentingan nafsu jantan mereka. AlhamdulilLah PAS masih bertahan mempertahankan maruah Islam. Sekiranya PAS tergelincir dari landasan itu rakyat pasti mengucapkan 'selamat jalan', sebagaimana yang telah dilakukan mereka kepada UMno. Dari Dato' Ismail Kamus, Datuk Dr Haron Din, Dato' Ishak Baharom, Datuk Dr Hassan Ali, Ustaz Hashim Jasin, Tuan Ustaz Tuan Ibrahin T. man, Ustaz Kamal Sha'ari, Ustaz Badrul Amin, Ustaz Daud Che' Ngah, Ustaz Shamsuri, Ustaz ..... Kemanakah hilangnya 'Ulama' dalam UMno? |